KUALA LUMPUR: Malaysia Humanitarian Coordination and Action Hub (Yayasan MATCH) menubuhkan platform `KitaMATCH’ bagi menyelaras oeprasi bantuan kecemasan semasa musim tengkujuh. Pengerusi Yayasan MATCH, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, platform KitaMATCH ditubuhkan ketika pandemik Covid-19, bertujuan menangani masalah bantuan bertindih dan kekangan penyelarasan maklumat antara penderma, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penerima bantuan. Baginda bertitah, KitaMATCH ditubuhkan bagi menyatukan maklumat, keperluan dan data lapangan supaya…










