KUALA LUMPUR: Kes buli di negara ini semakin membimbangkan apabila aduan yang diterima termasuk membabitkan kes buli siber menunjukkan peningkatan ketara sekali gus mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, trend peningkatan itu merupakan petanda jelas kanak-kanak kini terdedah kepada risiko melalui platform digital yang semakin sukar dikawal. Katanya, dua faktor utama menyumbang kepada peningkatan itu adalah peningkatan kesedaran masyarakat…










