Empat remaja direman empat hari bantu siasatan kes buli

Empat remaja direman empat hari bantu siasatan kes buli

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat remaja berusia 14 dan 15 tahun direman empat hari bermula semalam hingga Rabu bagi membantu siasatan kes buli didakwa berlaku di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, keempat-empat individu itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Empat individu bawah umur ditahan berusia 14 dan 15 tahun, kini direman selama empat hari bermula semalam. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, beliau memberitahu, pihaknya sedang menyiasat satu rakaman video tular di media sosial yang mendakwa berlaku perbuatan buli di lokasi berkenaan.

Terdahulu, rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat memaparkan sekurang-kurangnya remaja kanak-kanak disyaki melakukan perbuatan buli terhadap seorang remaja lelaki lain.

Dalam rakaman itu, kelihatan cahaya dipercayai semburan api dibaling ke arah mangsa yang berada dalam keadaan terbaring dengan tangan kelihatan seperti diikat. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN