‘Kami orang Sabah tidak boleh disogok dengan roti

‘Kami orang Sabah tidak boleh disogok dengan roti’

ALIAKBAR Gulasan (kiri) dan Mansor Zakaria (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah tidak mudah dipengaruhi atau disogok dengan sebarang bentuk pemberian termasuklah roti yang tular dalam ucapan seorang wakil rakyat sebelum ini.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, rakyat negeri itu tidak mudah dibeli dengan sebarang sogokan.

“Kami orang Sabah tidak boleh disogok dengan roti Gardenia atau dengan apa pun. Undi kami bukan untuk dibeli,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Semalam, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria memohon maaf atas ucapannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam video tular di media sosial, Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil dari Pas secara berseloroh berkata ‘orang Sabah itu kempen dia bagi roti Gardenia sahaja.’

Ungkapan itu mungkin merujuk kecenderungan orang Sabah dan Sarawak yang berkunjung ke Semenanjung untuk memborong produk roti itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN