Jawi peka Disc Brake Motor guna lambang lucah

Jawi peka Disc Brake Motor guna lambang lucah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan terdapat pihak yang mengeluarkan dan menggunakan brek cakera motosikal mempunyai lambang lucah.

Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, kandungan tersebut dikesan selepas pihaknya mengambil perhatian berkaitan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama Shinji Nagatoyang.

“Lokasi pengeluaran barangan berkenaan tidak dimaklumkan.

“Sehubungan itu, pihak Jawi akan membuat siasatan lanjut berkaitan perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Ini kerana, ia melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Jawi turut menasihatkan para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN