Jalan Pasir Gudang bukan lagi kedua terteruk di Malaysia - Utusan Malaysia

Jalan Pasir Gudang bukan lagi kedua terteruk di Malaysia

KEADAAN jalan raya yang sebelum ini rosak dan berlubang di sekitar Pasir Gudang, Johor sehingga menimbulkan risiko kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jalan Pasir Gudang yang direkodkan sebagai jalan kedua paling teruk di Malaysia telahpun dikeluarkan daripada senarai tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, ia tidak lagi berada dalam senarai 10 jalan terteruk hasil usaha berterusan serta kerja-kerja penambahbaikan yang telah dilaksanakan.

“Cuma peranan yang kita akan laksanakan adalah pemantauan kenderaan berat yang lebih muatan. Jalan Pasir Gudang ini selalu digunakan oleh kenderaan berat sebab banyak industri dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nanti masa penggulungan, saya akan ceritakan tentang perancangan kita untuk pindahkan lori-lori lebih muatan atau kargo ini kepada sistem rel dari Pasir Gudang. Insya-Allah dapat kurangkan impak kerosakan di jalan raya,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Mohamad Fazli (BN-Bukit Pasir) menjawab soalan tambahan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) mengenai tarikh projek Lebuhraya Pasir Gudang dapat disiapkan.

Berkenaan isu lampu di Lebuhraya Pasir Gudang yang sering tidak berfungsi, Mohamad Fazli berkata, penyelenggaraannya berada di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Untuk makluman ahli-ahli dewan, Lebuhraya Pasir Gudang ini merupakan Jalan Persekutuan FT17 dengan panjang 30.3 kilometer (km).

“Bermula dari BHP Perling sehingga ke Persimpangan Perling sepanjang 1.5km di bawah seliaan JKR, terdapat 52 tiang lampu dan setakat ini tiada kerosakan direkodkan.

“Seterusnya, dari Persimpangan Perling ke Persimpangan Bandar Seri Alam dan Taman Rinting sepanjang 23.5km, seliaan lampu-lampu jalan adalah di bawah pengurusan MBJB yang mana terdapat 1,308 tiang lampu dengan 167 unit lampu jalan yang rosak.

“Untuk memastikan keadaan lampu di sepanjang kawasan ini berada dalam keadaan baik, MBJB telah melantik kontraktor penyelenggaran tahunan bermula 2026,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini