PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis desakan supaya memecat setiausaha politiknya yang terpalit kontroversi susulan pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor yang membida projek pembinaan hospital tahun lalu. Beliau berkata, desakan yang disuarakan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli itu perlu dinilai secara menyeluruh dengan mengambil kira tahap sesuatu kesalahan dan kesan daripada tindakan berkenaan. “Lihat kewajaran situasi tersebut. Saya faham dari mana datangnya pandangan itu, tetapi…










