BONUS RM500 kepada penjawat awam Terengganu, perkongsian keuntungan 15,000 hektar tanah diusahakan Felda, dan peningkatan jumlah pinjaman kenderaan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjadi tumpuan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Bajet) yang berlangsung empat hari bermula Isnin lalu. Semua isu ini berkaitan duit. Persidangan menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebulat suara meluluskan Belanjawan Terengganu 2026 yang dibentang Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Belanjawan…










