KUANTAN: Industri nadir bumi negara bergerak perlahan meskipun Malaysia memiliki potensi besar dalam sektor strategik berteknologi tinggi itu berikutan kurangnya keyakinan dalam kalangan pemimpin terhadap kemampuan tempatan mengurus dan membangunkan sumber berkenaan secara mampan. Kelewatan memanfaatkan kekayaannya boleh mengakibatkan Malaysia berisiko kehilangan peluang bernilai satu peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2050 iaitu lebih RM500 bilion, selain kehilangan potensi 25,000 pekerjaan baharu. Ia turut membuka ruang…










