TUARAN: Lebih 100 anggota polis pelbagai pangkat hadir mengundi untuk Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tuaran, hari ini.
Tinjauan mendapati proses pengundian berjalan lancar sebaik tempat mengundi di buka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula jam 8 pagi.
Cuaca mendung dan hujan tidak menghalang pegawai polis dan anggota keluarga mereka menunaikan tanggungjawab pada PRN ini.
Di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) Kepayan juga proses pengundian untuk anggota polis yang tidak dapat pulang daerah masing-masing berjalan lancar.-UTUSAN










