PETALING JAYA: Mursyidul Am, Pas Datuk Hashim Jasin sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis Pemuda Pas menerusi hantaran di Facebook memaklumkan perkara berkenaan dan mohon semua mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau. “Mohon semua agar dapat melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau,” katanya hari ini. Bagaimanapun, maklumat berhubung penyakit tidak didedahkan. Hantara itu turut memaklumkan Hashim tidak dapat menerima kunjungan kerana keadaan tidak mengizinkan.…










