Indonesia kebumikan anggota pengaman gugur di Lubnan - Utusan Malaysia

Indonesia kebumikan anggota pengaman gugur di Lubnan

AHLI keluarga Muhammad Nur Ichawan bersedih ekoran pemergiannya ketika tiga keranda anggota pengaman tentera Indonesia tiba di LapanganTerbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tiga anggota pengaman Indonesia yang terkorban dalam dua letupan berasingan di selatan Lubnan minggu lalu selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing semalam.

Anggota pengaman, Farizal Rhomadhon, 28, maut apabila satu projektil meletup pada 29 Mac di selatan Lubnan, kawasan di mana Israel dan Hizbollah bertempur sejak Lubnan terheret ke dalam perang di Asia Barat.

Dua lagi anggota’, Zulmi Aditya Iskandar, 33 dan Muhammad Nur Ichwan, 26, meninggal dunia sehari kemudian apabila satu letupan melanda konvoi logistik Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), juga di selatan Lubnan.

Insiden maut itu mencetuskan desakan pihak berkuasa Indonesia supaya siasatan dijalankan dan jaminan keselamatan diberikan kepada pasukan pengaman.

Ketiga-tiga anggota tentera itu dikebumikan pada Ahad dalam keranda yang diselimuti bendera Indonesia dan istiadat pengebumian ketenteraan lengkap dengan tembakan penghormatan.

Ahli keluarga yang bersedih menabur bunga di pusara mereka.

Zulmi dikebumikan di tanah perkuburan tentera di kampung halamannya di Bandung, Jawa Barat, Ichwan dan Farizal masing-masing disemadikan di kampung halaman mereka di Jawa Tengah dan Yogyakarta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN