KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berkurangan kepada 282 orang daripada 91 keluarga pagi ini.
Petang semalam, seramai 342 mangsa banjir daripada 102 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut dan SK Pulau Perhentian di Besut.
Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, setakat pukul 7.30 pagi ini, hanya PPS SK Kuala Besut dibuka yang menempatkan 282 mangsa banjir.
“Mangsa daripada 91 keluarga ini melibatkan 82 lelaki, wanita (95 orang), kanak-kanak lelaki (57 orang), kanak-kanak perempuan (41 orang), bayi lelaki (tiga orang) dan empat bayi perempuan,” katanya. – UTUSAN










