PETALING JAYA: Dua lelaki akan didakwa esok berhubung kes pembunuhan jurujual wanita yang ditemukan mati dengan tangan terikat di Blue Water Estate, Seri Kembangan dekat sini pada 29 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan (PPN) Selangor dan pihaknya menerima arahan untuk menuduh dua suspek terlibat. “Dua lelaki tempatan berusia 20-an akan dituduh di bawah Seksyen 302…










