BACHOK: Dua lelaki bersaudara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan dan bersubahat memukul selain menakut-nakutkan seekor beruk di Kampung Jembal, dekat sini, kira-kira tiga minggu lalu. Muhamad Amirul Afiq Sanusi, 24, dan sepupunya, Muhammad Khairul Aziman Shamsudin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli. Mengikut pertuduhan, Muhamad Amirul Afiq didakwa dengan sengaja mendatangkan penganiayaan…









