Dua daripada lapan PPS di Melaka ditutup

Dua daripada lapan PPS di Melaka ditutup

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menyampaikan kain selimut dan bantal di PPS Balai Raya Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah, Melaka malam tadi. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Dua daripada lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka ditutup setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, PPS yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Masjid Tanah dan SK Taman Merdeka.

Ia melibatkan 20 mangsa daripada empat keluarga di SK Masjid Tanah manakala di SK Taman Merdeka pula membabitkan empat mangsa yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir turut menurun daripada 292 orang kepada 267 orang susulan penutupan dua PPS hari ini.

“Setakat ini hanya enam PPS masih beroperasi daripada lapan yang diaktifkan semalam iaitu lima di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah.

“Hanya 76 daripada 86 keluarga masih ditempatkan di PPS terbabit sehingga pukul 12 tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, PPS yang masih beroperasi ialah SK Air Jernih, Balai Raya Kampung Seri Jeram, SK Belimbing Dalam, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, Masjid Ar Rashidin, Dewan Japerun Ayer Limau dan SK Krubong.

Tiada PPS dibuka di Jasin setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN