Melaka mula dilanda banjir kilat

Melaka mula dilanda banjir kilat

PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Masjid Tanah menempatkan 20 orang daripada empat keluargaa dari Taman Masjid Tanah Ria, Alor Gajah. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi hingga awal pagi ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 kawasan di Melaka dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Masjid Tanah dibuka pada pukul 9.00 pagi tadi.

Katanya, sehingga pukul 5.00 petang ini hanya PPS di SK Masjid Tanah masih menempatkan 20 orang daripada empat keluarga dari Taman Masjid Tanah Ria yang dilanda banjir kilat bermula pukul 5.00 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiga lagi PPS dijangka dibuka lewat petang ini dan kerja-kerja mendaftarkan mangsa masih berjalan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga PPS kini dalam proses untuk dibuka iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jelatang di Masjid Ar Rashidin di Alor Gajah, manakala dua di Masjid Tanah iaitu di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau dan SK Ayer Jernih.

Jelasnya, beberapa kawasan terjejas bencana itu ialah Taman Masjid Taman Ria, Pekan Masjid Tanah, Ramuan China Besar, Kampung Paya Lebar dan Kampung Ayer Molek Kuala Linggi.

Menurut kenyataan itu lagi, hanya Jasin tidak terjejas akibat banjir kilat setakat ini.

Turut dilanda banjir ialah Taman Seri Bayu 2, Bukit Balai, Kampung Gadek, Kampung Jeram, Pengkalan, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Keramat Leban dan Kampung Ayer Molek.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di Taman Masjid Tanah Ria dan Pekan Masjid Tanah air telah surut kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kira-kira 200 penduduk di taman berkenaan sibuk membersihkan rumah masing-masing yang dinaiki air melebihi paras lutut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN