Melaka mohon PM nilai semula pembatalan tebatan banjir

Melaka mohon PM nilai semula pembatalan tebatan banjir

MOHD. ALI Mohd. Rustam menandatangani plug sambil diperhatikan Sulaiman Md. Ali pada perasmian SRA JAIM Seri Duyong, di Permatang Duyong, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula keputusan dibuat berhubung arahan tidak meneruskan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, Melaka antara negeri paling teruk terjejas memandangkan antara empat hingga lima projek telah dilaksanakan pada peringkat awal, sejak September lalu.

Menurutnya, jika projek itu dibatalkan, kerajaan negeri bakal menanggung kerugian besar.

Beliau berkata, masalah banjir menjadi isu paling utama di negeri ini dan keseluruhan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM932 juta yang dirancang di Krubong, Sungai Duyong, Jasin, Alor Gajah dan Merlimau telahpun mula berjalan.

“Saya mohon Perdana Menteri untuk melihat semula kawasan-kawasan terutama RTB yang perlu disiapkan segera bagi mengelakkan lagi isu-isu banjir terus berlaku di Melaka.

“Keseluruhan projek antara empat atau lima telah bermula di peringkat awal pada September tempoh hari. Saya tahu ada beberapa projek runding terus tetapi ada yang bukan runding terus.

“Justeru, saya mohon Perdana Menteri untuk mempertimbangkan dan menilai semula kawasan-kawasan RTB yang perlu diberi kelulusan bagi menangani masalah banjir yang menjadi isu utama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Seri Duyong yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di sini hari ini.

Sulaiman berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa tender diteliti semula.

Anwar berkata, kelulusan peruntukan itu tidak diteruskan dan akan diteliti semula supaya mempunyai prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Tambah Sulaiman, kerajaan negeri menyokong cadangan Perdana Menteri untuk meneliti semula projek terlibat terutama bagi projek rundingan terus.

“Jika projek yang telah dilaksanakan terpaksa dibatalkan atau disiasat semula ia akan menjejaskan usaha kerajaan negeri dalam menangani masalah banjir yang kerap berlaku di negeri ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.