Satu daripada lima kapal tangki negara rosak di Selat Hormuz - PM

Satu daripada lima kapal tangki negara rosak di Selat Hormuz – PM

ANWAR Ibrahim menyantuni kanak-kanak ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sebuah daripada lima kapal tangki milik negara yang masih ‘terkandas’ di Selat Hormuz mengalami kerosakan di pelabuhan.

Perdana Menteri berkata, baki empat lagi kapal masih dipantau susulan perkembangan terkini termasuk sekatan keluar oleh Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, salah sebuah daripada dua buah kapal milik negara yang berjaya ‘keluar’ dari Selat Hormuz pula telah tiba di tanah air semalam manakala, sebuah lagi hampir memasuki perairan negara.

“Dua kapal yang berlayar dari Selat Hormuz kini dalam perjalanan ke Malaysia dengan satu daripadanya telah tiba, manakala, sebuah lagi hampir memasuki perairan negara.

“Yang kedua (kapal) hampir sampai ke perairan Malaysia. Yang lain kita masih pantau walaupun ada yang tidak dapat berlepas,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Bomba, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini, kerajaan Iran telah memberi kelulusan berlepas kepada tujuh kapal tangki milik negara itu namun, perkembangan terbaharu di Selat Hormuz menimbulkan sedikit masalah. 

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan bahawa hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz.

IMO dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan hampir 20,000 pelaut dan sekitar 2,000 kapal yang terkandas di Selat Hormuz.

AS kini mengenakan sekatan ketenteraan di Selat Hormuz selepas Iran menghalang perkapalan sepanjang lebih enam minggu peperangan dalam konflik yang kini dihentikan sementara susulan gencatan senjata selama dua minggu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN