Setiap pengorbanan beri nilai aspek ekonomi, ilmu dan pengurusan negara

Setiap pengorbanan beri nilai aspek ekonomi, ilmu dan pengurusan negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam menghayati ibadah haji dan korban yang mampu mendidik jiwa manusia agar lebih zuhud serta sederhana dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, pengorbanan yang dilakukan setiap insan mempunyai nilai dan harga tersendiri dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pengurusan negara, ekonomi, bidang keilmuan serta pembangunan agama demi masa depan yang lebih baik.

Katanya, ini sekali gus menunjukkan pengorbanan dan ujian yang ditempuh pada masa kini merupakan sebahagian daripada proses membina masa depan yang lebih kukuh untuk keluarga, masyarakat dan negara.

“Pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan serta manifestasi masa hadapan.

“Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Anwar dalam masa yang sama turut mendoakan kesejahteraan semua para jemaah haji yang kini berada di tanah suci beroleh Haji yang mabrur dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN