Ibadah korban bentuk nilai keimanan, kesabaran - PM

Ibadah korban bentuk nilai keimanan, kesabaran – PM

ANWAR Ibrahim (tengah) bersalaman serta beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Agihan Lembu Korban Perdana Parlimen Permatang Pauh di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah korban bukan sekadar tuntutan agama, malah membawa pengertian besar dalam membentuk nilai keimanan, kesabaran dan semangat pengorbanan dalam kehidupan.

Menurut Anwar, konsep korban mengajar umat Islam agar tabah menghadapi ujian hidup selain menuntut keimanan yang teguh dan ketaatan kepada Allah SWT seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS.

“Tidak ada perjuangan dan erti kehidupan tanpa kesabaran, daya tahan serta semangat pengorbanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Lembu Korban Perdana Parlimen Permatang Pauh di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda di sini, hari ini.

Beliau berkata, kekuatan ibadah korban juga terletak pada manfaatnya kepada masyarakat terutama golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.

Katanya, amalan itu mendidik masyarakat supaya menghidupkan semangat kebersamaan serta tidak hanya mementingkan diri sendiri.

“Ibadah itu memberi manfaat kepada masyarakat. Kerana korban itu, kita adakan kegiatan ibadah, tetapi manfaatnya kepada keluarga dan masyarakat. Jadi, apabila ada ujian daripada Allah SWT, kita terima sebagai ujian yang menuntut kesabaran,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan umat Islam supaya menghayati setiap ibadah melalui amalan kebajikan, sedekah dan sumbangan kepada masyarakat demi memperkukuh hubungan sesama insan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN