PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (BDP) menegur penggunaan bahasa asing dan bahasa rojak secara berlebihan oleh agensi kerajaan dalam program dianjurkan sehingga dilihat memperlekehkan usaha pemerkasaan bahasa Kebangsaan. Menurutnya, bahasa Kebangsaan mestilah digunakan sepenuhnya dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk surat-menyurat, dokumen, komunikasi, penamaan program dan majlis rasmi dalam urusan Perkhidmatan Awam. Katanya, berdasarkan pemerhatian pihaknya, masih wujud kecenderungan dalam kalangan agensi kerajaan untuk menggunakan bahasa asing atau bahasa…










