PETALING JAYA: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, memaklumkan dirinya turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin parti itu, 6 November ini. Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa, dia dipanggil susulan kritikannya terhadap tindakan Naib Ketua Sayap Bersekutu parti itu yang menganjurkan program bersama Presiden Bersatu dalam Port Dickson tanpa pengetahuan Bersatu bahagian itu. Selain itu, beliau juga mendakwa diadukan ke…










