KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia menghadapi ribut tropika Senyar yang dijangka membawa hujan berterusan dalam tempoh 24 jam. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada semua balai bomba dan penyelamat (BBP) khususnya dari negeri yang dijangka dilanda ribut untuk bersedia pada tahap siaga yang tinggi. “Penumpuan kepada operasi juga kita berikan, khususnya menjangkakan ada dua situasi utama iaitu banjir…










