Mangsa banjir meningkat, 34,289 orang berlindung di 219 PPS

Mangsa banjir meningkat, 34,289 orang berlindung di 219 PPS

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi banjir terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah mangsa terjejas kini hampir mencecah 35,000 orang berbanding 30,059 mangsa semalam.

Kesemua mereka kini berada di 219 buat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tujuh buah negeri terjejas iaitu Kelantan, Perlis, Perak, Selangor, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Menurut laporan situasi terkini Pusat Pengurusan Bencana Negara setakat pukul 2 petang, semua mangsa tersebut melibatkan 11,547 buah keluarga.

Katanya, trend keseluruhan menunjukkan peningkatan berterusan jumlah mangsa  khususnya di kawasan utara dan pantai timur.

Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah seramai 10,907 orang dengan melibatkan 4,077 keluarga yang berlindung di 66 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga kini, sembilan jajahan masih dilanda banjir iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Machang dan Pasir Mas.

Mangsa di Tumpat merekodkan bilangan paling ramai iaitu 4,421 orang daripada 1,719 keluarga di 13 PPS.

Di Perlis pula,  sebanyak  7,270  mangsa ditempatkan di 23 PPS negeri itu, dengan jumlah terus meningkat. Beberapa jalan di Kangar, Padang Besar, Mata Ayer dan kawasan lain kekal ditutup sepenuhnya atau sebahagian akibat banjir atau tanah runtuh.

Di Perak, 5,313  mangsa ditempatkan di 44 buah PPS, dengan trend meningkat di Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk dan beberapa daerah lain.

Manjung  merekodkan seramai 2,084 mangsa, dengan beberapa jalan ditutup akibat tanah runtuh dan banjir kilat.

Selangor merekodkan seramai 2,997 mangsa di 15 buah PPS, terutamanya di Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Sabak Bernam.

Walaupun trend keseluruhan stabil, beberapa laluan termasuk sebahagian Jalan Robinson, Jalan Harmoni dan Persiaran Puncak Alam ditutup sementara akibat banjir.

Kedah mencatat jumlah 2,356 mangsa, kebanyakannya di Kubang Pasu dengan 15 buah PPS masih aktif.

Terengganu merekodkan 4,031 mangsa, majoritinya di Besut dan Marang, dengan trend meningkat di Besut.

Di Pahang pula  mencatat penurunan apabila 19  mangsa dicatatkan di Lipis dengan hanya 18 keluarga ditempatkan di sebuah PPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN