KUALA LUMPUR: “Saya tidak ada masalah untuk berlakon, tetapi ada syaratnya.”
Demikian jawapan usahawan dan pempengaruh, Madam Mariyah berhubung desas desus dia menerima beberapa tawaran lakonan sejak tular baru-baru ini.
Jelas Mariyah, dia meletakkan beberapa syarat terutama soal watak dan komitmen masa sementelah dia perlu membahagikan masa di antara menguruskan perniagaan serta kerjaya seni.
“Sekarang pun saya sibuk tetapi minat dna rasa teringn itu memang ada. Lagipula, bila dapat tawaran, saya serba salah juga. Kena tengok watak. Saya nak jadi datin-datin.
“Kalau watak ada anak ikan ke apa, saya terpaksa tolak. Tidak manislah saya di usia ini, ada anak-anak melakonkan watak itu sebab saya bukan pelakon sepenuh masa.
“Saya juga perlu susun jadual terutama tidak lama lagi penjenamaan semula produk kopi saya. Jadi kalua kena masa dan watak, apa salahnya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mariyah memaklumkan, dia masih menunggu Tarikh sebutan seterusnya berhubung kes hadanah dan harta aepencarian antara dia dan bekas suaminya yang dikenali sebagai Mr. S.
“Buat masa ini, saya tidak ada apa-apa perkembangan selain menunggu keputusan mahkamah. Saya menghormati apa sahaja keputusan mahkamah,” ujarnya.
Sebelum ini, Mariyah tular apabila mendakwa rumah tangganya bergolak lantaran kehadiran orang ketiga dan dia diceraikan secara langsung di aplikasi TikTok.-UTUSAN










