TEMERLOH: Golongan guru dan pentadbir sekolah wajar diberi keyakinan dan perlindungan sewajarnya supaya tindakan mereka dalam mendidik serta membimbing murid tidak disalah tafsir. Presiden Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Mohamad Zapawi Mamat berkata, ia penting kerana sekolah sepatutnya menjadi pusat pembentukan karakter, bukan tempat menyorok masalah. Katanya, pendekatan terbuka dan bertanggungjawab itu sangat penting bagi memulihkan keyakinan masyarakat terhadap integriti sekolah sebagai institusi pembentuk sahsiah murid. “Disiplin…










