Hanya separuh kawasan di Gaza akan dibangunkan semula

Hanya separuh kawasan di Gaza akan dibangunkan semula

AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merangka pelan pembahagian jangka panjang Gaza kepada dua zon utama iaitu zon hijau yang akan diletakkan di bawah kawalan tentera antarabangsa bersama Israel serta zon merah yang dibiarkan musnah tanpa rancangan pembinaan semula.

Mengikut dokumen tentera AS yang diperoleh The Guardian, pasukan asing dijangka dikerahkan di bahagian timur Gaza pada peringkat awal, sekali gus mewujudkan pembahagian berdasarkan ‘garisan kuning’ yang kini dikuasai tentera Israel.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali mengakui penyatuan keseluruhan Gaza merupakan sasaran jangka panjang, namun menegaskan ia masih bersifat aspirasi dan sukar dicapai dalam masa terdekat.

Rancangan itu menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen Washington untuk memastikan gencatan senjata yang diumumkan bulan lalu dapat diterjemahkan kepada penyelesaian politik berkekalan, selaras janji Presiden Donald Trump untuk mewujudkan semula pemerintahan Palestin di Gaza.

Menurut laporan, Washington menggugurkan cadangan awalnya untuk membina kem berpagar kecil yang dinamakan ‘komuniti alternatif selamat’ (ASC), selepas menerima bantahan daripada pertubuhan kemanusiaan antarabangsa.

Pemerhati memberi amaran tanpa pelan kukuh bagi pasukan pengaman antarabangsa, pengunduran Israel dan pembinaan semula berskala besar, Gaza berisiko terjebak dalam situasi ‘bukan perang, bukan damai dengan pendudukan berpanjangan dan serangan sporadik.

Pelan Trump turut menekankan pembentukan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF), yang bakal dimandatkan melalui resolusi Majlis Keselamatan PBB minggu depan dengan jangkaan kehadiran tentera dari Eropah, Asia Barat dan Asia.

Dokumen awal Centcom menunjukkan cadangan menempatkan sehingga ribuan tentera Britain, Perancis dan Jerman sebagai teras ISF, namun majoriti negara Eropah dijangka enggan menghantar anggota ke zon konflik selepas pengalaman di Iraq dan Afghanistan.

AS bercadang memulakan pembinaan semula terhad dalam zon hijau bagi menarik penduduk Palestin kembali ke kawasan tersebut, walaupun hampir dua juta rakyat Gaza kini berhimpit di zon merah yang padat dan tidak mempunyai kemudahan asas.

Lebih 80 peratus infrastruktur Gaza musnah sepanjang dua tahun perang dan Israel terus mengehadkan kemasukan bantuan, sekali gus menambah tekanan kemanusiaan terhadap penduduk yang kini bergelut mendapatkan air bersih, tempat perlindungan dan rawatan perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×