Bekas penjaga gol Kelantan direman 80 hari, bantu siasatan kes bunuh

Bekas penjaga gol Kelantan direman 80 hari, bantu siasatan kes bunuh

SUSPEK menunjukkan senjata api yang digunakan untuk menembak warganegara Malaysia dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Bekas penjaga gol pasukan Kelantan FA musim 2019 ditahan reman selama 80 hari bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan sehingga seorang lelaki rakyat Malaysia maut dalam kejadian di Sungai Golok, Sabtu lalu.

Supek yang mempunyai dua kerakyataan itu kini ditahan di Penjara Pusat Narathiwat selepas polis mendapat kebenaran mahkamah untuk tahanan reman.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, suspek dihantar ke Penjara Pusat Narathiwat pukul 6 petang kelmarin dan kini menjalani kuarantin selama dua minggu.

Menurutnya, suspek ditahan di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok pada pukul 6 petang waktu tempatan, sehari selepas kejadian.

“Polis turut merampas dua pucuk pistol separa automatik yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Utusan Malaysia 5 Oktober lalu melaporkan, polis tidak menolak kemungkinan dendam dan hutang lama dipercayai menjadi motif seorang warganegara Malaysia ditembak sebanyak 18 das sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Sungai Golok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN