KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka memberi tumpuan kepada status terkini situasi banjir di setiap negeri serta kesiapsiagaan kerajaan menghadapi musim tengkujuh dan langkah Tenaga Nasional berhad (TNB) mengekang pembukaan akaun tanpa pengetahuan oleh orang dalam untuk tujuan kecurian elektrik. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Nurul Amin Hamid (PN–Padang Terap) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai status terkini situasi banjir di setiap negeri…









