Pembangunan nadir bumi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Pembangunan nadir bumi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangunan industri nadir bumi (REE) dan tenaga nuklear merupakan antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengemukakan soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai cabaran-cabaran dihadapi bagi membangun dan memajukan industri REE negara dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau turut meminta penjelasan berhubung perancangan dan pendekatan kerajaan bagi mengatasi cabaran-cabaran berkenaan supaya negara dapat membuka potensi nilai RM747 bilion nadir bumi yang tersimpan dalam bumi Malaysia.

Sementara itu, Tan Hong Pin (PH-Bakri) pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan tentang kebersediaan negara kita dalam membangunkan tenaga nuklear serta tahap penerimaan dan pemahaman rakyat terhadap sains dan teknologi nuklear selain perancangan supaya lebih banyak program advokasi diadakan untuk masyarakat awam.

Pada sesi sama, beliau turut mengajukan pertanyaan mengenai rancangan kerajaan meningkatkan keupayaan menangani krisis pelbagai agensi dan masyarakat berkaitan tenaga nuklear.

Selepas sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sambungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN