Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri

Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan berterusan tahap bahaya (merah) dijangka berlaku hari ini di beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun di Terengganu; Pahang membabitkan Maran, Kuantan, dan Pekan; Selangor di Klang, Kuala Langat, dan Sepang; Negeri Sembilan di Seremban dan Port Dickson; serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Katanya, amaran ribut petir dan angin kencang turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Pahang juga dijangka mengalami cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, beberapa laluan utama turut ditutup akibat banjir, cerun runtuh, dan jalan mendap di beberapa lokasi.

“Antaranya Jalan Labohan Dagang-Nilai (Sepang); Perak: Jalan Kampar-Changkat Jong (Hilir Perak) ditutup sepenuhnya akibat jalan runtuh; Terengganu: Pelbagai jalan negeri dan persekutuan di Kemaman dan Setiu.

“Selain itu, empangan mencatatkan paras air 100 peratus atau lebih, termasuk Empangan Sembrong Barat dan Bekok di Johor, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis yang memerlukan pemantauan rapi,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya diarahkan, memandangkan trend mangsa banjir masih menunjukkan peningkatan di beberapa negeri utama.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN