Empat daerah Terengganu dijangka hujan lebat paras bahaya  

Empat daerah Terengganu dijangka hujan lebat paras bahaya  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan paras bahaya sehingga 28 November di beberapa kawasan di Terengganu. 

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, antara daerah yang diramalkan dilanda hujan lebat berterusan termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan selain tiga di daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu; Marang, Dungun dan Kemaman sehingga hari ini juga dikeluarkan.

Katanya, tiga negeri utara turut dikeluarkan amaran hujan tahap berjaga-jaga sehingga ke hari ini iaitu Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Baling ) serta satu di Hulu Perak 

“Amaran hujan berterusan (berjaga-jaga) juga berkuat kuasa sehingga 27 November 2025 melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan.

“Bagi beberapa kawasan di negeri lain pula seperti di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak; Pahang; Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Putrajaya;  Negeri Sembilan; Melaka; dan Johor ( angkak & Segamat) dikeluarkan amaran hujan berterusan berjaga-jaga bermula esok dan 29 November,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN