Hujan lebat berstatus bahaya di empat negeri sehingga esok

Hujan lebat berstatus bahaya di empat negeri sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran hujan sangat lebat berterusan (bahaya) dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan sehingga esok.

Berdasarkan perkembangan laporan terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), beberapa daerah di keempat-empat negeri tersebut diramalkan dilanda hujan sangat lebat berterusan.

Daerah dijangka terjejas ialah di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sementara di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Badan Datuk dan Hilir Perak).

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), hari ini juga mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan berstatus buruk di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Ramalan hujan lebat berterusan itu dijangka berlaku sehingga esok.

Sementara itu, agensi sama turut mengeluarkan amaran hujan berterusan berstatus waspada di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak yang dijangka berlaku di antara hari ini sehingga Rabu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN