PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori Waspada yang dijangka berlaku dari 19 hingga 21 November ini. Amaran itu melibatkan beberapa negeri di utara dan pantai timur Semenanjung. MET Malaysia memaklumkan, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak yang membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Amaran sama turut dikeluarkan melibatkan Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu meliputi Besut,…










