KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kesiapsiagaan penuh bagi penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata seramai lebih 9,000 pegawai dan anggota PDRM akan digerakkan sepanjang tempoh pilihan raya berkenaan bagi memastikan kelancaran proses demokrasi di negeri itu. Beliau berkata, persiapan rapi turut dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk hujan lebat dan ribut yang dijangka berlaku sepanjang tempoh berkempen…










