KUALA LUMPUR: Sebanyak 338 kes penyalahgunaan kad pengenalan (MyKad) direkodkan antara 2021 hingga Oktober tahun ini melibatkan kad pengenalan palsu dan penggunaan kad pengenalan milik orang lain. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia membabitkan 3,418 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi membanteras kesalahan berkaitan penyalahgunaan kad pengenalan dan sijil kelahiran. “Sepanjang tempoh itu, 1,377 tangkapan telah dibuat dengan 843 kes didakwa di bawah…










