PETALING JAYA: Sebanyak 300 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) diwakili 34 ketua delegasi menyerahkan memorandum kepada Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Penyerahan memorandum itu berhubung dakwaan wujud pelanggaran Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) oleh DAP. Ketua delegasi, Syed Hassan Syed Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, memorandum bertarikh 13 November itu diserahkan bagi memastikan ROS mengambil tindakan segera terhadap beberapa perkara yang…










