PETALING JAYA: Malaysia memulakan rundingan penyelesaian dengan Julius Baer Group Ltd bagi menamatkan saman AS$112 juta (RM462.84 juta) yang difailkan sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap bank Switzerland itu. Berdasarkan dokumen difailkan di mahkamah Hong Kong, SRC International (Malaysia) Ltd memulakan tindakan undang-undang terhadap bank persendirian berpusat di Zurich itu pada 2021 atas dakwaan pelanggaran amanah berhubung pengendaliannya dalam skandal tersebut. “Rundingan penyelesaian kini sedang berlangsung,” kata Pengerusi…










