MELAKA: Kira-kira 10,000 pekebun nanas di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak akan melaksanakan penanaman nanas pada waktu malam (night farming) selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 2027. Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd. Khairuzamri M. Salleh berkata, menerusi peruntukan RMK13 berjumlah RM300 juta, kaedah itu dapat mempertingkatkan sasaran pengeluaran daripada 400,000 tan metrik kepada 700,000 tan metrik bagi memenuhi permintaan tinggi eksport. Beliau berkata, berdasarkan…









