KAWASAN Hutan Melintang di bawah Parlimen Bagan Datuk, Perak kini menyaksikan pelbagai pembangunan pesat melibatkan infrastruktur, ekonomi, pendidikan serta kemudahan sosial bagi manfaat penduduk setempat. Pembangunan infrastruktur antara kemudahan asas menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S. Wasanthee, 58, dari PKR sejak menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Wasanthee berkata, pelbagai usaha dijalankan termasuk pemasangan lampu jalan di kawasan gelap serta kerja penurapan jalan.…