Warga emas mangsa letupan bom Narathiwat meninggal dunia

Warga emas mangsa letupan bom Narathiwat meninggal dunia

ROMOH Talengpala (gambar kecil) mangsa letupan bom meninggal dunia di Hospital Narathiwat Rajanagarindra, Narathiwat, Thailand hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Seorang warga emas yang menjadi mangsa serangan bom di sebuah kedai kopi di Pekan Yingo Khamis lalu, meninggal dunia pagi ini.

Mangsa, Romoh Talengpala, 79, meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Narathiwat Rajanagarindra.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat terkena serpihan logam.

“Selepas kejadian itu, mangsa terus tidak sedarkan diri.  Doktor yang melakukan pembedahan terpaksa memotong kaki kiri, membuang satu meter usus kecil dan membuang 30 sentimeter usus besarnya. Selain itu doktor terpaksa menjahit beberapa lubang di perut yang berlubang. Mangsa kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, tetapi meninggal dunia pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu berkata, berpandukan kepada maklumat awal semasa kejadian mangsa sedang menunggu penjual ikan berhampiran lokasi.

“Mangsa juga merancang mengerjakan haji pada masa depan dan telah membayar lebih RM12,907 untuk tujuan Rukun Islam Kelima. Pelaku dipercayai tmemasang bom seberat 10 kilogram di dalam tangki gas yang biasa digunakan untuk berkelah. Tangki gas itu kemudian disembunyikan di dalam tong sampah tepi jalan sebelum meletup,” ujarnya.

Jurucakap itu berkata, pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian oleh Unit Pemusnah Bom dan pegawai forensik mendapati bom yang digunakan oleh pelaku adalah bahan letupan buatan sendiri.

“Bom itu dipasang di dalam tangki gas berkelah dengan berat keseluruhan 10 kilogram. Bom itu disembunyikan dalam tong sampah plastik biru milik Pertubuhan Pentadbiran Daerah Yingo dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN