Saya boleh sarung semula gaun saya 10 tahun lalu - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Saya boleh sarung semula gaun saya 10 tahun lalu – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah berkongsi rasa teruja apabila kini sudah boleh menyarung semula gaun lamanya 10 tahun lalu selepas mengamalkan rutin senaman angkat beban.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata, pakaian lamanya itu bukan sahaja muat, malah menjadi terlampau longgar apabila dipakai.

“Perkara yang paling menarik ialah saya sudah boleh memakai semula gaun saya dari 10 tahun lalu. Gaun tersebut sangat longgar sekarang, Alhamdulillah.

“Awak buatlah senaman kardio itu bersungguh-sungguh tetapi jika buat angkat beban dahulu kemudian baru kardio, awak akan perasan tenaga berubah. Emosi awak juga akan berubah dan waktu tidur menjadi lebih berkualiti,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak menafikan bahawa perjalanan untuk mendapatkan bentuk badan ideal hari ini bukannya senang.

Malah, dia sendiri pernah melalui fasa kekecewaan apabila berat badannya sering turun dan naik dalam tempoh yang agak lama sebelum ini.

“Saya tahu perkara ini sukar tetapi ia tidak mustahil. Ia mengambil masa bertahun-tahun juga untuk saya, malah berat badan saya pernah turun naik selama 10 tahun,” ujarnya.

Untuk rekod, Shila Amzah merupakan bintang Asia yang pernah mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan Asian Wave di China pada tahun 2012 dan kini menjalani kehidupannya bersama suami, Ubai Mz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN