Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

Salah seorang mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBURAN: Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Keromboi, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.40 pagi, dengan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya setiba di lokasi kejadian, pasukan unit EMRS bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan manakala seorang lagi mangsa yang juga mengalami cedera parah disahkan meniggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, katanya pemandu Proton Saga terbabit tiada mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu berdasarkan rakaman video kejadian yang tular, motosikal yang ditunggang salah seorang mangsa hendak membelok ke satu simpang sebelah kanan.

Bagaimanapun, tiba-tiba mereka dirempuh laju oleh Proton Saga terbabit dari belakang menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan raya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN