SERDANG: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa sebuah universiti tempatan mengupah syarikat bagi membunuh seekor anjing di kawasan institusi pengajian tinggi berkenaan. Laporan itu dibuat pada pukul 11.23 pagi pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad berkata, laporan dibuat selepas pengadu berusia 51 tahun itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak universiti terbabit. “Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 30(1)…