JOHOR BAHRU: UMNO menolak tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada Majlis Makan Malam Gala Global Travel Meet 2025 baru-baru ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam. Jelasnya, walaupun kerajaan menghormati agama dan budaya masyarakat berbilang kaum, penganjuran acara rasmi kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam sebagai agama Persekutuan. “Tentunya kita harus menolak dan kita…