PETALING JAYA: Usaha memberikan bantuan kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dizalimi rejim Zionis Israel adalah suatu tuntutan syariat Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, Rasulullah menegaskan umat Islam wajib membela dan melindungi saudaranya yang sedang mengalami penindasan atau ketidakadilan, manakala menghalang usaha meringankan penderitaan mereka adalah satu bentuk kezaliman besar di sisi Allah. “Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang memintas GSF, sebuah pelayaran aman…