Tular curi kabel, polis buka kertas siasatan - Utusan Malaysia

Tular curi kabel, polis buka kertas siasatan

olis membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian kecurian kabel di Jalan Semanggar di sini yang tular semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian kecurian kabel di Jalan Semanggar di sini yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di laman Facebook This Is Johor memaparkan video seorang individu melarikan diri daripada ditangkap orang awam.

“Video berkenaan menunjukkan individu terbabit cuba mengelak daripada ditahan selepas disyaki mencuri kabel di lokasi kejadian.

“Pada pukul 6.38 petang semalam, kami menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berhubung kes khianat terhadap harta benda awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Yusof turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Than Jia Jun di talian 016-9195285 atau melalui Hotline IPD Kota Tinggi di 07-8831222.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN