Wanita jahit bibir rakan serumah ditahan polis - Utusan Malaysia

Wanita jahit bibir rakan serumah ditahan polis

PERBUATAN Masae Sakurai disyaki menjahit rakan serumahnya berlaku di Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Polis Jepun menahan seorang wanita berhampiran Tokyo kerana disyaki menjahit bibir rakan serumahnya, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Mangsa yang berusia 42 tahun berjaya melarikan diri dari rumah di bandar Koga sebelum bergegas ke sebuah kedai berhampiran. Mangsa juga  menunjukkan sekeping kertas yang tertulis “tolong saya”, kata pegawai kanan polis tempatan, Makoto Hiyama, kepada AFP.

Polis di Wilayah Ibaraki, yang menempatkan bandar Koga, kemudian menahan Masae Sakurai, 49, kerana disyaki melakukan kesalahan yang mencederakan, menurut jurucakap polis wilayah berkenaan.

Jurucakap itu berkata, Sakurai tinggal serumah dengan mangsa ketika kejadian yang didakwa berlaku pada 29 Jun lalu, apabila dia dipercayai menjahit bibir mangsa menggunakan jarum dan benang. Suspek ditahan pada Isnin.

Menurut Hiyama, polis masih menjalankan siasatan, termasuk menyiasat maklumat yang belum disahkan bahawa terdapat seorang lagi individu yang turut tinggal di rumah tersebut.

Mangsa memberitahu polis bahawa suspek menjadi marah akibat satu pertikaian sebelum menjahit bibirnya,  lapor penyiar awam Jepun, NHK. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN