Tengku Muhammad Taufik mohon maaf

Tengku Muhammad Taufik mohon maaf

petronas
Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memohon maaf berhubung insiden berlaku ketika meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Formula One (F1) di Grand Prix Singapura baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas itu berkata, kejadian berlaku secara spontan akibat sangat teruja meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One pada musim ini.

“Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras, namun sebagai seorang Muslim, saya akur bahawa saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian.

“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tengku Muhammad Taufik berkata, beliau berbesar hati diberikan penghormatan untuk mewakili pasukan bagi menerima Trofi Kemenangan Konstruktor.

“Meskipun begitu, saya menyedari bahawa keterujaan spontan saya semasa meraikan kemenangan pasukan mungkin tidak bersesuaian dengan tempatnya,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman video daripada siaran langsung yang menunjukkan Tengku Muhammad Taufik terlibat dalam acara semburan minuman dalam acara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN